7.4 C
New York
Tuesday, October 15, 2024

LRT Bukit Jalil beri diskaun 25%, bas perantara percuma ke acara ‘Setahun Bersama Kerajaan Madani’

[ad_1]

LRT Bukit Jalil beri diskaun 25%, bas perantara percuma ke acara ‘Setahun Bersama Kerajaan Madani’

Untuk acara Setahun Bersama Kerajaan Madani yang mula berlangsung hari ini hingga Ahad, 10 Disember 2023 yang berlangsung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Prasarana menawarkan diskaun sebanyak 25% untuk mereka yang menaiki LRT ke/dari Stesen Bukit Jalil untuk mengunjungi lokasi terbabit.

Tawaran diskaun ini diberikan untuk penumpang yang menggunakan token dan kad Contact ‘n Go (TnG) sebagai transaksi pembayaran, tetapi kecuali tidak termasuk bagi mereka yang menggunakan kad konsesi dan pas perjalanan.

Selain itu, perkhidmatan bas perantara turut disediakan secara percuma untuk ke dan dari Stesen LRT Bukit Jalil. Bas berkenaan akan singgah di bangunan parkir bertingkat di Mranti Park, Astro (pintu masuk pengunjung), Pavilion Bukit Jalil dan Endah Parade di Sri Petaling. Waktu operasinya dari jam 7 pagi hingga 6 petang pada hari ini, manakala dari jam 7 pagi hingga 11.30 malam pada Sabtu dan 7 pagi hingga 8 malam pada Ahad. Sebanyak 10 unit bas disediakan untuk tujuan tersebut.

Prasarana turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi etika menaiki pengangkutan awam termasuk tidak makan dan minum di dalam tren dan bas. Pengguna Contact n Go digalakkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya RM10 baki kredit dalam kad mereka untuk perjalanan yang lancar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles